Saturday, June 7, 2008
77(hebat sangat ke??)
Friday, June 6, 2008
ME'layu'
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
aku di dalam GenggamanNya
MeLAYU,MeLAYU,MeLAYU,
Apa yg menyebabkan kte sentiasa meLAYU?adakah kerana perkataan tu sendiri adalah satu Doa sesama kita sendiri?apakah sebenarnya maksud melayu? kalo ikut buku,apabila seseorang boleh bertutur bahasa melayu,mengikut adat melayu dan beragama Islam. Tetapi apa pula kita panggil pada adat melayu yg banyak mengikut adat India?adakah itu tergolong dalam melayu jugak. Bagaimana pula jika seorang cina boleh bertutur melayu,mengikut adat melayu(lebih pada adat India sebenarnya)dan beragama Islam dipanggil juga sebagai melayu.
apakah yg menyebabkan melayu sentiasa layu?ya,yg pertama sekali akhlak.apakah akhlak?akhlak ialah sikap,perangai seseorang. saudara saudari sekalian,cuba kita lihat sedikit,perhatikan sedikit keadaan sekeliling,lihat dengan mata di samping berfikir sedikit,apa yang sebenarnya bangsa melayu sedang buat? saya beri tahu realiti melayu sekarang, pertama ialah ketidak kisahan yang sangat tinggi,pemalas,malas banyak kategori,suka pada hiburan,tamak pada duit,kedekut,suka ikut orang,tiada matlamat sendiri,dan saya tahu saudara2 semua biasa mendengar semua ini, tapi ada jugak yang tukang beri tahu benda2 ni dua kali lima sahaja, cakap sahaja lebih tapi buatnya tidak jugak. Melayu juga satu bangsa di mana kebanyakannya hipokrit,boleh di katakan ada persamaan dengan perangai2 munafik. Jadi pembaca semua cuba anda perhatikan betul2,semua sikap yang disenaraikan di atas, bukan sama saja kah dengan arab jahiliyah dulu? ini lah melayu kita sekarang,kita hanya bercakap,tapi tak pernah hendak di buat. Bangsa kita adalah seperti kaum Quraisy yg cuba diperbetulkan oleh Rasulullah s.a.w. Anda fikir dalam2,bayangkan,gambarkan sekiranya diletakkan dua orang bersebelahan,satu yang kuat berhibur,pergi disco dengan seorang lagi yang mengikut ilmu yang dipelajari dari Islam,kita dapat melihat dua perwatakan yang berbeza, di mana,yang pergi clubbing itu nampak seakan akan monyet mabuk,dan seorang lagi berpewatakan penuh peradaban dan berilmu tinggi,yang sentiasa sabar,suka senyum.Bukankah ini remaja yang di idamkan oleh kerajaan? tapi kita lihat sendiri hari ini, apakah tindakan kerajaan dalam mendapatkan insan seperti ini? sepatutnya kerajaan haramkan terus tempat hiburan kepada yang beragama Islam, kita tahu melayu ada satu penyakit seperti dinyatakan dia atas iaitu suka ikut orang,suka pada hiburan secara melampau2, jadi haramkan terus pergi clubbing. kerajaan mesti sedar mereka sekarang kebanyakan adalah orang orang tua, dan yang menggantikan mereka tetap orang muda, tetapi jika remaja yang pegi clubbing ni ambil alih,habis rugi lah negara ini.
sistem pembelajaran di sekolah juga patut diubah. sistem yang dibawa oleh kerajaan sekarang,zaman nenek tok kadok bolehlah digunakan. sekarang budak budak sudah semakin pandai,pandai guna internet, tetapi ini lah realiti,kebanyakan orang melayu yang melayari internet adalah untuk melihat bahan lucah,betapa rendahnya akal melayu ni,patutlah me'layu'
kerajaan sepatutnya mengubah sistem pendidikan di malaysia ini. sistem pendidikan di malaysia ini,seperti sudah ditetapkan bahawa,setiap yang keluar mesti mencari kerja dengan ORANG lain. bukan keluar untuk mencipta peluang pekerjaan. di sini sahaja kita dapat melihat,sistem pendidikan di negara ini sebenarnya melahirkan golongan pertengahan sahaja tetapi bukan golongan berdikari dalam hidupnya.Melayu memang kuat bergantung, ini adalah kerana sistem pendidikan,kita dididik untuk menjadi seperti ini. di sini juga kita dapat melihat Islam sendiri suruh kita berfikir sendiri,ada di dalam hadith menyebut,Nabi saw bersabda, berfikir satu saat adalah seperti beribadat 70 tahun. Islam sangat menggalakkan berfikir,supaya dapat melahirkan golongan berfikiran kritikal, yang tidak mengharap ehsan orang sahaja.
penyakit orang melayu satu lagi ialah,malas bebenor membaca.kalau tidak membaca,bagaimana nak dapat ilmu. sesungguhnya dalam Islam sendiri pada awalnya ayat diturun pada Rasulullah saw kesayangan kita ialah Al 'Alaq :
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau Yang sewajibnya),
7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa Yang dihajatinya.
8. (ingatlah) Sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
9. Adakah Engkau nampak (baiknya) orang Yang melarang (dan menghalang) -
10. seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
11. Adakah Engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan Yang betul? -
12. atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
13. Adakah Engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (Apa Yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadaNya) serta ia berpaling ingkar?
14. tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
15. jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka), -
16. ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah.
17. kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
19. Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
ini lah ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah saw.BACA,manusia awal2 ilmu ialah dari baca,oleh itu kita semua mesti bangunkan Islam di negara ini, bukan berjuang untuk melayu,salah konsep itu. Sume orang Islam sepatutnya bersatu dan bukan berpecah seperti zaman jahiliyah dahulu. Oleh itu melayu semua jangan taksub sangat dengan akademi fantasia,gang starz dan lain2, ianya merugikan.Akademi fantasia,mengarut sepatutnya had umur tu naikkanla sedikit,mana boleh letak had umur 18 sampai 40, gila apa? nak tengok melayu lingkup?habis semua budak2 melayu sekarang berangan nak jadi penyanyi,semua malas ambil tahu pasal hal negara,hal umat,yang tahu nak glamour,masuk kubur tak glamour dah,selama2nya pulak tu.sekian untuk orang melayu,bukan niat untuk memperlekeh2kan orang melayu,bukan semua orang melayu seperti disebut di atas,cuma sudah semakin ramai melayu yang tidak berakal di tanah malaysia ini,ramai sangat remaja remaja dah macam monyet,sedarlah janganlah perbodohkan diri,jadilah yang untung lagi menguntungkan,bukan rugi lagi merugikan
kepada pemimpin pemimpin negara ini ambil tindakan dengan adil dan bijaksana, sesungguhnya anda semua akan mati juga satu hari nanti dan tahukah pemimpin2 yang tamak dan tidak hiraukan rakyat pergi kemana,ya neraka!
peringatan sedikit untuk pemimpin2 negara malaysia :
Surah AL ZALZALAH
1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"
4. pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
ingatlah,walau macam mana kita berhibur,kalau kita lupa pada Tuhan,ingatlah kita pasti,PASTI menghadap Tuhan kembali satu hari nanti,melayu semua,bangkitlah!!Jangan senang sahaja dengan kesenangan dunia!!kesenangan dunia adalah kesenangan yang menipu!
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Surah Al Hadid ayat 20
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.
4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.