Wednesday, April 30, 2008

Bila kite kembali ke hakikat sebenar

Assalamualaikum wbt,

dan sesungguhnya setiap yg hidup akan mati,itulah lumrah makhluk,makhluk yang dicipta oleh Tuhan,oleh itu makhluk dan Tuhan adalah berbeza,Tuhan tidak bole mati,tidak dihidupkan,DIa tidak tidur,Dia tidak diperanakkan,yg Tidak beranak,Dia adalah yg SATU,tiada Tuhan melainkan Dia,Laila HaillAllah,Dia tidak mkn,Dia tau perkara yg depan,Dia tau perkara yg lepas,DIa yg Maha Besar,Dia lah YG Maha Tinggi,manusia adalah makhluk,dan kite sudah pasti petanda paling nyata Tuhan bagi kt kite supaya suh ingat ialah kematian. kematian itu tidak dpt dijangka,anda tahu bila anda mati?tah2 lepas baca ni da meninggal da heheeh,apabila manusia kembali ke hakikat sebenar ialah apabila kite kembali ke tanah kembali,dan itula kte wahai manusia,takyah nk belagak masa hidup ni,ikutla syariat Islam,dalam surah Al Maidah ayat 3,Tuhan telah membenarkan Islam menjadi agama manusia,oleh itu rakyat Islam Malaysia sume jgn lupa kte ada dua alam dlm hidup kte yg kte akan hadapi,di dunia yg sementara dan akhirat yg selamanya,pilih la kehidupan yg terbaik skali,kalo Allah swt bagi kte byk duit,sedekahkan la kt org yg memerlukan,duit tu bukan kte punye pun,jgn nk belagak,bila kte sume kembali ke tanah,manusia yg hidup pijak balik kte,takyah nk blagak,last2 betapa tinggi pun kte kt dunia ni,last2 kene pijak gak.oleh itu saudara2 ISlam sume,kite hidup ngan syariat Islam yg terbaik,tapi jgn lupa hakikat kte ni dari tanah,hakikat kte akan kembali pada Tuhan,sekejap je dunia ni......sekian yg terbaik dari Allah swt dan yg buruk adalah dari diri yg kerdil ni.....


Abdul Allah

Gangster, arak, clubbing, gelang, rantai, maksiat


6 perkara disebutkan dalam tajuk ini sebenarnya punca utama kerosakan akhlak umat Islam di Malaysia. Gangsterism (golongan yang menggelarkan diri mereka 77 khususnya) yang dibawa oleh orang-orang yang memberikan alasan membelasah orang atas dasar menegakkan agama dan bangsa adalah perkara paling jahil dilakukan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Islam menolak keganasan dan perkauman. Apabila perkauman dan keganasan dijadikan agenda utama maka kestabilan tidak akan dicapai. Arak telah terang-terang diharamkan dalam Islam kerana boleh memabukkan. Apabila mabuk kita boleh jadi pembunuh dan perogol serta macam-macam lagi jenayah lain yang boleh dilakukan. Clubbing pula adalah masalah yang paling popular sekarang ini. Kegemaran rakyat Malaysia. Sedih sekali apabila melihat orang yang bukan Islam sedikit sahaja di situ tetapi orang Islam cukup ramai. Aktiviti ini boleh menaikkan nafsu dan memperbanyakkan zina. Gelang dan rantai pula trend zaman ini. Dengan adanya gelang dan rantai yang dipakai lelaki maka syaitan gembira dan lebih mudah merosakkan umat Islam. Maksiat pula makin berleluasa walaupun orang yang melakukannya menutup aurat seperti di taman-taman berpegangan tangan walaupun bukan muhrim. Kesimpulannya, ikut perintah Allah dan tinggal larangannya maka selamat dunia akhirat.


Hasil nukilan attuunii

Kehendak hakikat manusia


Assalamualaikum wbt,
Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Pengasih,



apakah kehendak manusia pada dasarnya?bagi sy ialah,keamanan iaitu keamanan yg sejati,keselamatan yg sejati iaitu tiada jenayah,supaya kite dpt keluar jalan2 ngan kawan2 ngan family secara selamat,pelaburan yg selamat tanpa takut ada gangguan,dan kehidupan masyarakat yg harmoni tanpa mengira kaum,sebelum kte membincangkan isu2 yg tengah2 lebih baik kte bincang dari akarnya,dan di sini sy ingin memberitahu Islam adalah agama yg paling mengutamakan keamanan dari keganasan jika kite melihat dan mengkaji btul2 keseluruhan ajaran Islam ni,apakah maksud kebebasan beragama di sesebuah negara?kebebasan beragama bukan bermaksud kebebesan menukar agama,nmpk?kan beza tu,kebebasan beragama kite bole lihat dalam Al Quran surah Al Kafirun,Allah swt telah menyatakan bahawa agama kau,agama kau,agama aku,agama aku,Tuhan yg kau sembah,Tuhan kau sembah,Tuhan yg aku sembah,Tuhan yg aku sembah,di sini sahaja kite dpt melihat secara terang2 bahawa Tuhan da cakap jgn kacau agama lain dan hormat agama lain,jika ini betul2 berlaku, sy pasti tiada pergaduhan akan berlaku,sy ingin btulkan cara pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia mengenai hukum2 Islam yg akan dilaksanakan,hukum2 Islam adalah utk org2 Islam bukan utk org2 bukan Islam,kepada org bukan Islam kami hormat anda,dalam Islam tiada konsep tanah ini tanah melayu,tapi tanah ini hak Tuhan dan utk sume,cume hukum2 Islam contoh hukum hudud hny dijalankan utk org Islam sahaja,jgn salah anggap ia utk sume,kami ingin menjaga kelakuan2 org Islam di Malaysia ini,kerana apa,anda sendiri bole lihat,masalah sosial adalah di kalangan melayu,masalah rempit di kalangan melayu,masalah sosial adalah di kalangan melayu,jika hukum2 ini dpt dilaksanakan,maka org Islam kelakuannya akan terkawal,dan sume nye akan jadi baik2 :) kepada bukan muslim anda tidak perlu takut, anda jlnkan hukum2 agama anda tapi lakukan hny utk penganut anda,dan kte sama2 menjaga keharmonian negara ini utk menjadi lebih aman damai,tanpa perasaan takut lagi dah,sbb tu Islam itu agama yg peace,kami hormat org bukan Islam kerana Tuhan kami suruh kami hormat,lagi baik jika kite sama2 menjaga sama2 sendiri,jika anda bukan seorang muslim tapi ternmpk seorang muslim buat kejahatan mengikut agama Islam maka tegur dia,ckp jgn buat camni, agama kau tak kasi,maka di sini kite saling ingat mengingati satu sama lain,hukum agama kami hny utk org muslim itu saja,apabila sume nye aman dan damai,selamat,maka pelabur asing akan rasa selamat utk melabur,sy tidak nmpk kenapa ada org mengatakan jika dilaksana hukum2 Islam ni negara mundur,miskin,itu tak btul,cube kte lihat kembali jika negara da selamat,takde rempit2 bodoh,org2 Islam g disco yg otak tk btul,jadi ganas,maka tiada sbb pelabur takut nk melabur malah makin ramai yg akan melabur dan negara ini akan jadi lebih kaya dan makmur,dan sume org akan dapat merasa tempias2nya,sama2la kte share,nmpk?keselamatan dan keamanan yg sejati akan dtg serentak,jadi tiada perlu hendak ditakutkan,kerana kami,muslim mahukan pekara yg sama keamanan dan keselamatan,dan tiada org miskin di negara ni pun,sume ok. bagi sy itula maksud kebebesan beragama,bebas utk org bukan muslim dan bebas utk org muslim,org bukan muslim jaga kelakuan org bukan Islam dgn hukum2 mereka,muslim jlnkan hukum2 Islam utk org Islam.maka akan terbentukla sebuah negara di mana tanah ini bukan tanah melayu,tetapi tanah utk sume,sama2 memakmurkan tanpa pergaduhan,tanpa kerosakan akhlak,ini la yg manusia idam2kan dalam kehidupan dalam bermasyarakat,harmoni,peace,sume dpt kekayaan,tiada kemiskinan,maka itu la kemanan sejati,marila sama2 kite fhm dan sokong sepenuhnya konsep ini ,utk mendapatkan keamanan dan keselematan,harmoni yg kte cari2 selama ini sekian dari Hamba Allah swt yg lemah dan menurut perintah.....,segala yg baik dari Tuhan dan yg buruk dari diri ini....assalamualaikum

Abdul Allah

manusia dan dunia


assalamualaikum wbt,tbe2 rasa nk wat blog ni sbb tk tertahan rasanya tgk gelagat manusia ni terutama skali org melayu di Malaysia.Alhamdulillah Allah swt memberi sy peluang utk menulis blog ni,minta maaf kalo bahasa tunggang langgang sket,sbb first time :) sini sy hnyla hamba Allah swt,dan anda sume dan sume makhluk adalah hamba Allah swt juga,yg Maha Perkasa Allah swt yg Maha Lembut, yg Maha Baik,yg Maha Pengampun,Tuhan kepada sekalian adalah Allah swt. sy berasa pelik kenapa manusia masih tk bersyukur?tk bersyukur yg mereka ada di sini pun atas kehendak Tuhan,menunjukkan betapa baiknya Allah swt,hidup dgn mewah,hidup cukup mkn,udara free, air free,binatang2 free utk kte Tuhan bagi,kenapa ada yg masih tk bersyukur? dan Allah swt Maha Baik,Dia turunkan kitab dan rasul sbagai peringatan dan pembelajaran kepada manusia supaya INGAT,Ingat kepada Dia,betapa baiknya Allah swt,tetapi manusia lupa,manusia angkuh,Allah swt sediakan dua tempat utk kte di akhirat nanti iaitu syurga dan neraka,dan Dia turunkan peringatan lagi pada kita,kenapa kite pilih utk tidak ikut?kenapa kite pilih neraka?wahai manusia sbb tu la kte ni bodoh,kte ni pelupa,situasi di Malaysia skang menunjukkan telampau ramai manusia lupa,dan ini lah peringatan kepada sesiapa yg membaca,ingatla kte ni HAMBA,jgn lupa kite HAMBA,mcm mana hebat pun kte di dunia,last2 kain putih je kte dpt bwk masuk kubur,dan siapa yg akan bantu kte dlm kubur?manusia sume ingatla Tuhan tu MAHA BAIK,kte nk wat jahat pun Dia bagi kte buat baik dan sembah pada Dia lagi la Dia suke,kenapa kte bantah Dia?kenapa kte ingkar Dia?dan siapa yg bodoh?kte la, sbb apa,Tuhan turunkan kitab dan rasul sbagai peringatan tapi kte still nk terjun diri dlm neraka kte still nk jauhkan diri dari syurga,kenapa?wahai manusia jadila manusia yg berakal,bukan yg tk menggunakan akal,jgn la jadi yg rugi,sesungguhnya dunia ni perhiasan sahaja,sesungguhnya dunia ni sementara sahaja, tapi kte pilih dunia,padahal akhirat selamanya,dan siapa yg bodoh?manusia jgnla camni,laksanakan dan ikut sume hukum2 Islam,itula kebahagian dunia automatik skali ngan akhirat,itula yg kte nkkan dalam hidup yg diberikan oleh Allah swt yg Maha Baik,ingatla manusia sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui dari kte,Dia tau yg terbaik utk kte,ikut je yg disuruh, insya Allah sumenye selamat....stakat ni dulu sy nk tulis,ada masa Tuhan berikan, sy akan tulis lagi,bahawa Malaysia skang sudah lari jauh dari jalan yg btul,jln yg lurus,ingatla manusia bahawa kte ada Tuhan,dan Tuhan memerhatikan kte,kerana Tuhan tu Maha Baik,kerana Dia ingin menjaga kte,sesungguhnya sesiapa yg membaca ini,sudah pun mendapat petunjuk,dan akan berfikir lagi selepas ni Alhamdulillah,yg hny layak Takbur hny ALLAH swt.....sekian yg salah dari sy hamba sahaja yg terbaik sumenye dari Tuhan yg Maha Besar.....Assalamualaikum..

abdul Allah

pengenalan


Blog ini dicipta adalah untuk membawa kaum muslimiin dan muslimaat di Malaysia kembali kepada jalan yang telah diajarkan dalam AlQuran dan AlHadith. Kemumgkaran yang berlaku dikalangan orang-orang beragama Islam di Malaysia adalah di tahap yang kritikal dan perlu diperbetulkan. Ini boleh dilihat apabila kelab-kelab malam sering dipenuhi oleh orang-orang Islam sedangkan masjid yang besar tidak akan sampai separuh kecuali pada 5 keadaan iaitu solah jum'at, solah sunat hari raya puasa, solah sunat hari raya haji, terawikh dan moreh. Selain itu, konsert-konsert yang mendatangkan maksiat adalah cara bisnes terbaru kerana muslimiin dan muslimaat di Malaysia kebanyakannya gemarkan hiburan dan maksiat yang tanpa disedari hanya akan menjatuhkan akhlak seseorang itu sekaligus menjauhkan diri dari kemajuan dan kepintaran kerana akhirat dan ilmu tidak lagi menjadi misi utama. Blog ini bukan untuk mengutuk atau menyenarkan aib orang-orang Islam di Malaysia tetapi hanya untuk menegur dan mengajak supaya kita sama-sama berjuang untuk mengembalikan aqidah dan akhlak umat Islam. Nabi S.A.W pernah berkata, disesuatu tempat itu ada 18000 ahli ibadah dan akhlak mereka seperti rasul tetapi layak juga jatuh bencana. Para Sahabat R.A pelik dan bertanya bagaimana itu boleh berlaku. Nabi S.A.W menjawab , ada 3 sebab. Pertama mereka tidak pernah mengajak orang ramai melakukan kebaikan, kedua mereka tidak pernah mencegah kemungkaran dan ketiga mereka tidak pernah marah kerana Allah S.W.T. Oleh itu, kaum muslimiin dan muslimaat, marilah kita bersama-sama melakukan 'Amal Ma'ruf Nahi Munkar dan marahlah seseorang itu hanya kerana Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Harapan kami blog ini akan mendapat sokongan dari semua muslimiin dan muslimaat supaya kita sama-sama dapat menuju ke syurga, inshaAllah. Hasil nukilan Attuunii