Wednesday, April 30, 2008

Gangster, arak, clubbing, gelang, rantai, maksiat


6 perkara disebutkan dalam tajuk ini sebenarnya punca utama kerosakan akhlak umat Islam di Malaysia. Gangsterism (golongan yang menggelarkan diri mereka 77 khususnya) yang dibawa oleh orang-orang yang memberikan alasan membelasah orang atas dasar menegakkan agama dan bangsa adalah perkara paling jahil dilakukan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Islam menolak keganasan dan perkauman. Apabila perkauman dan keganasan dijadikan agenda utama maka kestabilan tidak akan dicapai. Arak telah terang-terang diharamkan dalam Islam kerana boleh memabukkan. Apabila mabuk kita boleh jadi pembunuh dan perogol serta macam-macam lagi jenayah lain yang boleh dilakukan. Clubbing pula adalah masalah yang paling popular sekarang ini. Kegemaran rakyat Malaysia. Sedih sekali apabila melihat orang yang bukan Islam sedikit sahaja di situ tetapi orang Islam cukup ramai. Aktiviti ini boleh menaikkan nafsu dan memperbanyakkan zina. Gelang dan rantai pula trend zaman ini. Dengan adanya gelang dan rantai yang dipakai lelaki maka syaitan gembira dan lebih mudah merosakkan umat Islam. Maksiat pula makin berleluasa walaupun orang yang melakukannya menutup aurat seperti di taman-taman berpegangan tangan walaupun bukan muhrim. Kesimpulannya, ikut perintah Allah dan tinggal larangannya maka selamat dunia akhirat.


Hasil nukilan attuunii

1 comment:

sabilillah said...

Assalamualaikum. Dengan Nama Allah. Saya berminat dengan topik ini, kerana ini berhubung kait dengan akidah.

Persoalan aqidah adalah suautu perkara yg amat penting. Ia merupapakan pegangan atau kepercayaan kepada Allah SWT. Akidah yang kuat menjadikan seorang muslim itu patuh kpd ajaran Islam. Sebagimana firan Allah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (Al-Zariyat: 56)

Seorang Muslim yang kuat pegangan agama sentiasa mengajak semua ahli keluarga sama2 menghayati ajaran agama. Oleh itu setiap umat Islam mesti memahami dengan mendalam konsep Islam, Iman dan Ihsan, supaya dapat menghayati ajaran Islam dengan sempurna.