Wednesday, April 30, 2008

pengenalan


Blog ini dicipta adalah untuk membawa kaum muslimiin dan muslimaat di Malaysia kembali kepada jalan yang telah diajarkan dalam AlQuran dan AlHadith. Kemumgkaran yang berlaku dikalangan orang-orang beragama Islam di Malaysia adalah di tahap yang kritikal dan perlu diperbetulkan. Ini boleh dilihat apabila kelab-kelab malam sering dipenuhi oleh orang-orang Islam sedangkan masjid yang besar tidak akan sampai separuh kecuali pada 5 keadaan iaitu solah jum'at, solah sunat hari raya puasa, solah sunat hari raya haji, terawikh dan moreh. Selain itu, konsert-konsert yang mendatangkan maksiat adalah cara bisnes terbaru kerana muslimiin dan muslimaat di Malaysia kebanyakannya gemarkan hiburan dan maksiat yang tanpa disedari hanya akan menjatuhkan akhlak seseorang itu sekaligus menjauhkan diri dari kemajuan dan kepintaran kerana akhirat dan ilmu tidak lagi menjadi misi utama. Blog ini bukan untuk mengutuk atau menyenarkan aib orang-orang Islam di Malaysia tetapi hanya untuk menegur dan mengajak supaya kita sama-sama berjuang untuk mengembalikan aqidah dan akhlak umat Islam. Nabi S.A.W pernah berkata, disesuatu tempat itu ada 18000 ahli ibadah dan akhlak mereka seperti rasul tetapi layak juga jatuh bencana. Para Sahabat R.A pelik dan bertanya bagaimana itu boleh berlaku. Nabi S.A.W menjawab , ada 3 sebab. Pertama mereka tidak pernah mengajak orang ramai melakukan kebaikan, kedua mereka tidak pernah mencegah kemungkaran dan ketiga mereka tidak pernah marah kerana Allah S.W.T. Oleh itu, kaum muslimiin dan muslimaat, marilah kita bersama-sama melakukan 'Amal Ma'ruf Nahi Munkar dan marahlah seseorang itu hanya kerana Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Harapan kami blog ini akan mendapat sokongan dari semua muslimiin dan muslimaat supaya kita sama-sama dapat menuju ke syurga, inshaAllah. Hasil nukilan Attuunii

No comments: