Saturday, May 3, 2008

Hiburan


Sekarang Hujan makin popular tetapi pembawakan mereka adalah hiburan dan bukannya agama. Maka popular mereka akan hilang satu hari nanti tetapi sesiapa yang membawa agama maka sampai akhirat mereka akan ditinggikan darjat oleh Allah S.W.T. Hiburan dibenarkan dalam Islam tetapi ada batas-batasnya jadi tinggalkanlah hiburan yang melalaikan kita. Kembali kepada hiburan yang boleh mendatangkan manfaat dan boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Banyak lagi hiburan yang boleh dalam Islam seperti Zain Bhikha dan Yusof Islam dan alunan suara mereka amat lunak dan jauh lebih sedap berbanding hujan dan seangkatannya.

2 comments:

sabilillah said...

Salah satu dari tanda-tanda kiamat kecil ialah Orang fasik (boleh dikatakan org yg bergiat aktig di dalam kepopularan dunia tapi mengabaikan akhirat, jika salah tolong betulkan, biznillah) dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan:

Sabda Rasulullah SAW “ Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah.

rujukan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil

raspintar said...

Biarkanlah Malaysia hebat dengan hiburannya, memang agendanya begitu. Orang kita pun suka. Di hujungnya mereka tak nampak.

Tahniah pada anda, mengambil berat tanggungjawab untuk mengingatkan masyarakat. Tkasih.