Thursday, May 1, 2008

Wajib Menyertai Perjuangan Islam



Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang
Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai
Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu
perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan
tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita
simpulkan dari firman Allah:
“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu
belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar
masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir
dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu,
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran
Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu
menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang
mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41


38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana
kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup)
di akhirat kelak.
[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela
agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat
menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.
[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah
sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram
dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan
(dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar
perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam
keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di
jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.



Ini jelas menunjukkan perjuangn Islam dan sesiapa yang menentang ajaran Allah,nerakala jawabnya....

sesiapa yang bernama Islam,perangai macam kafir laknatullah,sama sahaja...

Islam xpernah memaksa..."La iqraaha fiddin"...


sedarla wahai semua rakyat...kita sama2 saling memperingati...."wata'awanu 'alal birri wattaqwa"


-malaccaisland-


1 comment:

sabilillah said...

"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal