Assalamualaikum...pertama2 sukur kehadrat Allah,blog ni dapat direlease akhirnya...Melihat Islam pada masa kini,kita kembali pada zaman Rasulullah s.a.w,kita dapat melihat bagaimana Islam hidup subur. Umat Islam zaman sekarang semakin lama semakin terhakis sifat2 seperti mana yang telah dianjrkan Allah s.w.t. Allah telah berfirman bahawa kita semua, umat nabi Muhammad adalah sebaik2 umat di muka bumi ini. Kita lihat pada asa ini,apa2 yang haram telah dihalalkan dan begitulah sebaliknya. Manusia mulai lupa apa fungs,motof kita dilahirkan,diwujudkan disini..Dasar asas daripada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan: "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi). Jelas hadis ini menunjukkan apa yang Allah dah wat,jgn kita memandai nak ubah. Malaysia yang kita sayangi mulai dari sehari ke sehari terkeluar dp apa yang telah diajar oleh Rasulullah... Nabi Muhammad adalah manusia yang telah Allah ajarkan sendiri kepada Baginda apa2 sahaja. Wajib mengikuti arahan baginda. Islam hanya ada 2,buat apa yang disuruh,tingal apa yang dilarang. Rakyat Malaysia sedang lena dibuai pelbagai hiburan...1 in a million,mentor,malaysia idol,akademi fantasia....Rakyat tertipu dengan hiburan dunia yang melalaikan..Agama Allah wajib ditegakan di muka bumi ni..Firman Allah Taala "Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.Pelbagai hiburan melampau semakin menjadi2,membuak2 dikalangn muda mudi..arak,zina,rogol,pil khayal semacam lali sekarang ni...Sesiapa2 yang melanggar hukum Allah nantila akibatnya.Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan". "Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu"
hasil nukilan MalaccaIsland
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum w.b.t.. tlbh dhlu, atie nk ucp kn tahniah dgn adany blog mcm ni.. blh gak keutarakn pndapat & mintk pndapat.. hehe~ tak kisah kn ? (",) atie tak de la pndai sgt bab2 agama ni.. masih merangkak org kta.. tp.. sdikit sbanyak tu, insya`Allah atie mampu ptahankn Islam & br pngajaran pd org yg mncari.. sma mcm atie.. masih kne byk mbaca.. masih byk pngalaman org yg atie kne nilai.. amik yg bek jek.. hee~ yg tak bek tu amik kn pngajaran udah.. em.. sbnr ny.. atie nk prsoal / tanya kn kt cni bkn la ttg AF, 1 in a million, mentor, gangstarz ke bagai sume.. da bosan ngn industri hiburan ni.. hee~ tp lbh kpd mnjurus kpd keagaaman.. AKADEMI AL-QURAN & AKADEMI NASYID (yg bakal disiarkn tak lma lg).. atie sndri tgk akademi al-quran mlm td.. yg jd hakim, bkn calang2 org.. malahan ustaz.. yg lebih byk ilmu mngenai agama.. mcmana tu ? blh ke mncanang isi al-quran dgn gaya & lenggok bacaan mcm tu ? da tu dgn tawaran hadiah pn tak kurang hebat.. gle la.. baca al-quran, dinilai, then.. klu ada sumbang akn disingkirkn.. yg best, akn trus kn prjuangan.. klu menang, ada ganjaran.. isk.. blh ke buat cm tu dlm Islam ? klu yg jnis mcm AF tu terang2 la slh.. tu da jnis tak ingt dunia da tu.. tp ni.. cm ne ? ni tanda2 kiamat ke ? hee~ kdng2 atie ada gak pk kn yg positif.. sb bkn sume pkr kita layak utk mnilai.. (--,)
_atie^smiley_
assalamualaikum,atie,
pertandingan untuk melihat siapa paling hebat dalam pertandingan membaca Al Quran tak boleh,apabila diperatandingkan mmg tak boleh,Al Quran diturunkan sebagai pengajaran dan peringatan kepada umat Nabi Muhammad SAW.siapa mereka nk judge bacaan diorang,Allah swt tidak melihat kehebatan membaca seseorang,tetapi melihat pada amal dan taqwanya,Allahualam,sekian,yg terbaik dari Allah swt yg lemah adalah diri ini...asalamualaikum wbt
Assalamualaikum kepada warga Nur Toharah. Dengan Nama Allah, tujuan saya di sini untuk berdiskusi dengan semua bagi meningkatkan lagi ukwah disamping menambahkan ilmu bermanfaat.
Menjawab mengenai saudara anonymous. Di harap saudara dapat register bagi mudah saya mengenali.
Al-Quran Diturunkan untuk segalanya sesuatu: Antara ayat-ayat di dalam al-quran:
Surah AL A'RAAF ayat 7 "Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Qur'an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Surah Yunus Ayat 37 "Tidaklah mungkin Al Qur'an ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Qur'an itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam."
Surah Hud Ayat 1 "Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,"
Suruh Yusuf Ayat 111 "Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."
Erm sungguh banyak jika saya mahu keluarkan disini.
Saya sokong dengan saudara anonymous. Tapi hanya pada perempuan sahaja tidak perlu dipertandingkan. Pada lelaki terpulangla. Ini bagi menggantikan hiburan duniawi yg sudah ada sekarang tp mestilah lelaki, bukan nya perempuan, kerana suara perempuan itu aurat. Adalah Saudara Anonymous setuju dengan saya? lebik kita melihat pertandingan bacaan al-Quran daripada pertandigan AF betul tak?
Ini sedikit maklumat tambahan: Di sini saya nyatakan sedikit berkenaan pandangan ulama-ulama terhadap suara perempuan. Mungkin sudah ada penerangannya tentang hal ini dalam thread yang lain. Ulama khilaf dalam menentukan samada suara perempuan termasuk di dalam aurat atau tidak.
Mazhab Hanafi:
Suara perempuan bukan aurat. Namun haram mendengar suara perempuan jika dikhuatiri berlaku fitnah sekalipun mendengar bacaan al-Quran darinya.
Mazhab Shafie:
Suara perempuan adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi samada dikhuatiri terjadi fitnah atau tidak.
Pendapat paling rajih:
Suara perempuan bukan aurat apabila bercakap dengan lelaki ajnabi dan ia hendaklah aman dari fitnah serta perempuan tidak melunak-lunakkan suara. Namun jika dikhuatiri terjadi fitnah maka suara perempuan ketika itu adalah aurat. Ini berdasarkan penelitian ulama-ulama terhadap dalil-dalil yang digunapakai dalam masalah ini.
Beberapa dalil menunjukkan suara perempuan bukan aurat:
Para isteri Rasulullah S.A.W. pernah bercakap dengan para sahabat dan mengajar mereka hukum-hakam agama.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah sepertimana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepadamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: ayat 32).
Berkenaan suara perempuan ketika memperdengarkan bacaan al-Quran, Imam al-Qurtubi mengatakan:
Tiada bezanya syair dan ayat-ayat al-Quran bila suara itu membangkitkan nafsu syahwat dan dikhuatiri terjadi fitnah apabila dilagukan.
Kesimpulan:
Saya berpendapat bahawa tidak boleh bagi seseorang perempuan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sekiranya terdapat lelaki ajnabi. Begitu jugalah halnya tidak dibolehkan azan dan iqamah bagi seseorang perempuan itu dengan suara kuat sekiranya lelaki ajnabi mendengarnya. Namun program-program yang membawa kepada kebaikan saya menyokongnya.
Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.
Wallahualam…
assalamualaikum saudara sabilillah,terima kasih,sy menerima sume dgn keredhaan Allah swt,tetapi hiburan ada byk lagi,sy takut pertandingan2 camni akan mendatangkan riyak,dalam hadis rasulullah saw ada menyebut,tidak akan nmpk syurga walaupun riyak sebesar zarah.hiburan dlm Islam ialah dengan berzikir,membaca Al Quran,tetapi sendiri,cukupla kite berhibur sendiri,kalo nk di ikut kan tv tu pun da melalaikan Umat ISlam,segala yg btul adalah dari Allah swt,segala yg salah adalah diri ini,assalamualaikum...
Post a Comment