Sunday, May 4, 2008

lirik penyucian hati

Damba Cinta Mu (Raihan)

Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabbi....
Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,maafkanlah kejahilan hamba Mu,
Ku sering melanggar larangan Mu,
Dalam sedar ataupun tidak,
Ku sering meninggalkan suruhan Mu, walau sedar aku milik Mu,
Tuhanku,ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,maafkanlah kejahilan hambaMU,
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Bagiku ingat betapa ku alpa,begitulah silih berganti,
Oh Tuhanku,Kau pimpinlah diri ini yg mendamba cintaMu,
Aku lemah, aku jahil,tanpa pimpinan dariMU
Ku sering berjanji depanMu,sering jua memungkiri,
Ku pernah menangis keranaMu,kemudian ketawa semula,
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Bagiku ingat betapaku alpa,begitulah silih berganti,
Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini yang mendamba CintaMu,
Aku lemah,Aku jahil,tanpa pimpinan dariMu,
Kau pengasih,Kau penyanyang,Kau pengampun kepada hamba2Mu,
selangkahku kepada Mu,seribu langkah Kau padaku,
Tuhan,diri ini tidak layak ke syurga Mu,
Tapi tidak pula sanggup ke neraka Mu,
ku takut kepada Mu,ku harap jua pada Mu,
Moga ku kan selamat dunia, akhirat seperti Rasul dan Sahabat

ASTAGHFIRULLAH......


-Saifullah -

3 comments:

sabilillah said...

Saya amat meminati lagu-lagu nasyid lebih daripada lagu duniawi kerana ia ada membawa peringatan, teladan, tauladan, pengajaran di samping mempunyai nilai-nilai murni. Semoga Allah meletakkan mereka di golongan orang2 yang mulia. Amin

Anonymous said...

btul kata saudara sabililah tu,amin...

khairiejb17 said...

bila hayati lirik dan alunannya, buatkan hati dan jiwa ni menangis, sebab terkenang dosa-dosa yang telah dilakukan pada sebelum ini... berharap sangat-sangat biarlah amalan dan taubat yang dilalukan dapat diterima oleh ALLAH S.W.T walaupun tidak sehebat seperti orang lain.. amin...