Saturday, May 3, 2008


Salam ukhwah..


Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan.al-a’raf 40


Di dalam masyarakat kita sekarang pelbagai cara untuk menyelewengkan agama telah dibuat perlahan2 oleh golongn yang mengaku diri mereka Islam. Di Indonesia, Islam liberal telah memporak perandakan Islam sendiri, bapak ke masjid, emak ke gereja, anak ke kuil!!!! Inikah yang hendak kita lihat di Malaysia??? Islam hadhari bukan darpada ajaran Islam!! "Al-Islaamu ya'lu wala yu'la 'alaih" Islam adalah yang tertingi sekali,jgn memandai2 menambah @ mengurangkan apa2 pun.



"Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu".-ibrahim, 14


Diharapkan agar semua menghayati ajaran Islam yang sebetulnya,Islah hadhari=islam tamadun. Ini adalah sesat dan bukan ajaran Nabi Muhammad...pendekatan Hadharatul Islamiyah yang sepatutnya dibuat, ya'ni tamadun yang berasaskan Islam,bukan Islam yang mengikut tamadun!! Islam yang itu sahaja, tidak perlu menambah2 lagi, dah cukup dah apa yang nabi kita ajar selama baginda hidup...


Ayat terakhir yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya,marilah semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan bersama2 perjuangn para alim ulama' yang mahau menegakkan Islam...Allahu Akbar!!!


-malaccaisland-

2 comments:

Nur Toharah said...

bguih article ni

sabilillah said...

Untuk mencapai sesuatu mestilah kita mulakan dari bawah. menstilah usaha diteruskan. Insyallah, kita dapat hindarkan dari negara tempat tumpahnya darah ku.