Wednesday, October 1, 2008

khalifah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Sudah lama saya tidak menulis blog. Sibuk, tidak berkesempatan pun untuk menulis, tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang membaca dan menyokong kami dari kumpulan Nur Toharah. Tiada lain niat kami hanya ingin membetulkan yang salah, menegur apa yang patut, memberi maklumat yang betul, tiada lain satu sahaja niat kami, demi Tuhan yang satu,ALLAH SWT, mengajak kembali kepada berpegang pada ajaran Rasulullah saw, supaya kita tidak sesat, tetapi mengikut jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah swt itu maha baik, Dia memberi kita Al Quran dan menurunkan Nabi Muhammad Rasulullah saw, kerana ingin mengingatkan kita, jangan sesat, supaya kita dapat menjauhkan diri dari api neraka dan menikmati Syurga yang pada asalnya memang tempat manusia iaitu Nabi Adam A.S.

tetapi bagaimana kita ingin mengecapi kebahagian dunia dan akhirat?bagaimana CARA, di dalam zaman yang moden ini susah untuk kita mencapainya, mengapa? kerana persekitaran yang telah diwujudkan oleh british di negara kita, dan disambung pula oleh kerajaan kita, iaitu pengasingan kaum mengikut pekerjaan. Di dalam Islam adil adalah sangat dititik beratkan, sepotong ayat contohnya

'Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. '

Al Maa'idah ayat 8

oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama perlu lah dilayan sama rata dibawah pemerintahan Islam, kerana Islam adalah sistem yang sgt2 adil untuk semua, kaum2 lain tidak perlu risau, Islam tidak kejam,Islam sangat lembut,Islam sangat adil, Islam adalah untuk mereka yang intellectual, Islam adalah cara hidup, cara hidup dari semua aspek,ekonomi,politik,pergaulan(communication),keluarga,persahabatan,perbankan,strategi peperangan,science,matematik dan banyak lagi. kenapa perlu takut lagi?kenapa perlu ragu2 lagi dalam Islam? Nabi Muhammad Rasulullah SAW, terbukti berjaya, sehingga ke hari ini disayangi,disanjungi,dihormati,dikasihi, kerana baginda membawa ajaran Islam dan mengikut ajaran Islam, terbukti baginda berjaya ke hari ini, baginda adalah contoh terbaik, tetapi kita melihat pada kejayaan yang tidaklah berapa hebat contoh napoleon bonarpate, Hitler, gengkhis Khan, mereka sume tidak disanjung sehingga ke hari ini, tetapi lihat Nabi Muhammad Rasulullah SAW, baginda akan disayangi dan disanjung sehingga akhirat!! dan baginda suruh kita semua ikut jejak langkah baginda, ikut sahaja apa yang telah baginda buat dan baginda suruh, dan pasti kita akan berjaya seperti baginda juga. Tidakkah anda nampak?

pada hari ini negara kita kucar kacir. kucar kacir kerana perebutan kuasa dan duit. ibarat kata pepatah conficious kawal lah diri anda dulu sebelum mengawal orang lain. ini adalah benar kerana sekiranya duit itu boleh membuat anda berubah bermakna duit mengawal anda, jika kuasa itu yang anda hendakkan, maka duit itu yang mengawal anda. sama juga seperti rokok, kenapa perokok beli rokok?kerana rokok mengawal diri mereka.

oleh itu apakah contoh pemimpin yang kita mahukan, yang boleh memimpin kita. satu contoh terbaik yang ingin dikongsi ialah khalifah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz.

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....!!!

(dipetik dari sumber www.tranungkite.net)

inilah dia pemimpin yang kita mahukan, adil, adil kepada rakyat tidak kira kaum,agama,bangsa, tetapi kepada rakyat yang dijaganya yang menggunakan sepenuhnya sistem Islam, yang sangat - sangat adil. mari rakyat malaysia semua, kita semua mesti sokong sistem ini, supaya kita semua hidup bahagia, hidup aman dan damai, semua rakyat kaya kerana semua selamat,terjaga,adil hanya boleh didapati di bawah sistem pemerintahan Islam. sekian Assalamualaikum warahmatullah hiwabaratkatuh kepada muslimin dan selamat sejahtera kepada non muslimin.

Abdullah Kas

Saturday, June 7, 2008

77(hebat sangat ke??)


Baru-baru ini kedai rakan saya didatangi sekumpulan orang yang mengatakan mereka adalah penjaga kawasan situ. Mereka meminta bayaran sebagai perlindungan. Siapa mereka ini nak mengambil sifat Allah sebagai pelindung?? Ada yang memanggil mereka geng77 yang kononnya memperjuangkan agama. Inikah sikap orang yang mahu memerjuangkan Islam?? Melihat perangai geng 77 ini rasanya nak termuntah pun ada sebab cakap besar macamla diorang ni kuat sangat. Ada yang berlagak samseng tapi badan ramping. Yang badan besar pulak berlagak tough tapi bila nk bertumbuk mesti bawak geng. Ada pulak ahli mereka kata ketua mereka bertatu bertujuan untuk menyamar sebagai orang cina bagi menjatuhkan bangsa itu. Wallahua'lam betul ke tak. Halal kata mereka bertatu untuk menyamar. Kelakar dengar dorg ni. Nabi tak pernah perjuangkan bangsa jadi kita orang melayu yang mengaku Islam janganlah perjuangkan bangsa dan jangan ikut jalan sesat yang dibawa oleh golongan 77.


Attuunii

Friday, June 6, 2008

ME'layu'

Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
aku di dalam GenggamanNya

MeLAYU,MeLAYU,MeLAYU,

Apa yg menyebabkan kte sentiasa meLAYU?adakah kerana perkataan tu sendiri adalah satu Doa sesama kita sendiri?apakah sebenarnya maksud melayu? kalo ikut buku,apabila seseorang boleh bertutur bahasa melayu,mengikut adat melayu dan beragama Islam. Tetapi apa pula kita panggil pada adat melayu yg banyak mengikut adat India?adakah itu tergolong dalam melayu jugak. Bagaimana pula jika seorang cina boleh bertutur melayu,mengikut adat melayu(lebih pada adat India sebenarnya)dan beragama Islam dipanggil juga sebagai melayu.

apakah yg menyebabkan melayu sentiasa layu?ya,yg pertama sekali akhlak.apakah akhlak?akhlak ialah sikap,perangai seseorang. saudara saudari sekalian,cuba kita lihat sedikit,perhatikan sedikit keadaan sekeliling,lihat dengan mata di samping berfikir sedikit,apa yang sebenarnya bangsa melayu sedang buat? saya beri tahu realiti melayu sekarang, pertama ialah ketidak kisahan yang sangat tinggi,pemalas,malas banyak kategori,suka pada hiburan,tamak pada duit,kedekut,suka ikut orang,tiada matlamat sendiri,dan saya tahu saudara2 semua biasa mendengar semua ini, tapi ada jugak yang tukang beri tahu benda2 ni dua kali lima sahaja, cakap sahaja lebih tapi buatnya tidak jugak. Melayu juga satu bangsa di mana kebanyakannya hipokrit,boleh di katakan ada persamaan dengan perangai2 munafik. Jadi pembaca semua cuba anda perhatikan betul2,semua sikap yang disenaraikan di atas, bukan sama saja kah dengan arab jahiliyah dulu? ini lah melayu kita sekarang,kita hanya bercakap,tapi tak pernah hendak di buat. Bangsa kita adalah seperti kaum Quraisy yg cuba diperbetulkan oleh Rasulullah s.a.w. Anda fikir dalam2,bayangkan,gambarkan sekiranya diletakkan dua orang bersebelahan,satu yang kuat berhibur,pergi disco dengan seorang lagi yang mengikut ilmu yang dipelajari dari Islam,kita dapat melihat dua perwatakan yang berbeza, di mana,yang pergi clubbing itu nampak seakan akan monyet mabuk,dan seorang lagi berpewatakan penuh peradaban dan berilmu tinggi,yang sentiasa sabar,suka senyum.Bukankah ini remaja yang di idamkan oleh kerajaan? tapi kita lihat sendiri hari ini, apakah tindakan kerajaan dalam mendapatkan insan seperti ini? sepatutnya kerajaan haramkan terus tempat hiburan kepada yang beragama Islam, kita tahu melayu ada satu penyakit seperti dinyatakan dia atas iaitu suka ikut orang,suka pada hiburan secara melampau2, jadi haramkan terus pergi clubbing. kerajaan mesti sedar mereka sekarang kebanyakan adalah orang orang tua, dan yang menggantikan mereka tetap orang muda, tetapi jika remaja yang pegi clubbing ni ambil alih,habis rugi lah negara ini.

sistem pembelajaran di sekolah juga patut diubah. sistem yang dibawa oleh kerajaan sekarang,zaman nenek tok kadok bolehlah digunakan. sekarang budak budak sudah semakin pandai,pandai guna internet, tetapi ini lah realiti,kebanyakan orang melayu yang melayari internet adalah untuk melihat bahan lucah,betapa rendahnya akal melayu ni,patutlah me'layu'
kerajaan sepatutnya mengubah sistem pendidikan di malaysia ini. sistem pendidikan di malaysia ini,seperti sudah ditetapkan bahawa,setiap yang keluar mesti mencari kerja dengan ORANG lain. bukan keluar untuk mencipta peluang pekerjaan. di sini sahaja kita dapat melihat,sistem pendidikan di negara ini sebenarnya melahirkan golongan pertengahan sahaja tetapi bukan golongan berdikari dalam hidupnya.Melayu memang kuat bergantung, ini adalah kerana sistem pendidikan,kita dididik untuk menjadi seperti ini. di sini juga kita dapat melihat Islam sendiri suruh kita berfikir sendiri,ada di dalam hadith menyebut,Nabi saw bersabda, berfikir satu saat adalah seperti beribadat 70 tahun. Islam sangat menggalakkan berfikir,supaya dapat melahirkan golongan berfikiran kritikal, yang tidak mengharap ehsan orang sahaja.

penyakit orang melayu satu lagi ialah,malas bebenor membaca.kalau tidak membaca,bagaimana nak dapat ilmu. sesungguhnya dalam Islam sendiri pada awalnya ayat diturun pada Rasulullah saw kesayangan kita ialah Al 'Alaq :

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau Yang sewajibnya),

7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa Yang dihajatinya.

8. (ingatlah) Sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

9. Adakah Engkau nampak (baiknya) orang Yang melarang (dan menghalang) -

10. seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

11. Adakah Engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan Yang betul? -

12. atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

13. Adakah Engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (Apa Yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadaNya) serta ia berpaling ingkar?

14. tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

15. jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka), -

16. ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah.

17. kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

19. Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

ini lah ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah saw.BACA,manusia awal2 ilmu ialah dari baca,oleh itu kita semua mesti bangunkan Islam di negara ini, bukan berjuang untuk melayu,salah konsep itu. Sume orang Islam sepatutnya bersatu dan bukan berpecah seperti zaman jahiliyah dahulu. Oleh itu melayu semua jangan taksub sangat dengan akademi fantasia,gang starz dan lain2, ianya merugikan.Akademi fantasia,mengarut sepatutnya had umur tu naikkanla sedikit,mana boleh letak had umur 18 sampai 40, gila apa? nak tengok melayu lingkup?habis semua budak2 melayu sekarang berangan nak jadi penyanyi,semua malas ambil tahu pasal hal negara,hal umat,yang tahu nak glamour,masuk kubur tak glamour dah,selama2nya pulak tu.

sekian untuk orang melayu,bukan niat untuk memperlekeh2kan orang melayu,bukan semua orang melayu seperti disebut di atas,cuma sudah semakin ramai melayu yang tidak berakal di tanah malaysia ini,ramai sangat remaja remaja dah macam monyet,sedarlah janganlah perbodohkan diri,jadilah yang untung lagi menguntungkan,bukan rugi lagi merugikan

kepada pemimpin pemimpin negara ini ambil tindakan dengan adil dan bijaksana, sesungguhnya anda semua akan mati juga satu hari nanti dan tahukah pemimpin2 yang tamak dan tidak hiraukan rakyat pergi kemana,ya neraka!

peringatan sedikit untuk pemimpin2 negara malaysia :

Surah AL ZALZALAH

1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,

2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,

3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"

4. pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

6. pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



ingatlah,walau macam mana kita berhibur,kalau kita lupa pada Tuhan,ingatlah kita pasti,PASTI menghadap Tuhan kembali satu hari nanti,melayu semua,bangkitlah!!Jangan senang sahaja dengan kesenangan dunia!!kesenangan dunia adalah kesenangan yang menipu!

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."


Surah Al Hadid ayat 20

pemimpin pemimpin negara malaysia dan isteri mereka, ingatlah jangan jadi macam abu lahab,sesungguhnya siksanya sangatlah pedih


Surah Al Lahab

1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!

2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.

4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.


ingatlah,tak pergi ke mana pun harta itu,gunakanlah duit itu untuk bantu bangsa MeLAYU,yang memang perlukan pertolongan!!terutama remaja yang semakin pada hiburan bukan pada pelajaran


sekian assalamualaikum


-Abdullah KAS-






Monday, May 5, 2008

Renungan utk hamba hamba Allah swt...

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Surah Al Hadid ayat 20

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

surah Ibrahim ayat 7

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

surah as shaff ayat 10 - 12


berfikir dan renungkan manusia sume....

-Saifullah-

Sunday, May 4, 2008

lirik penyucian hati

Damba Cinta Mu (Raihan)

Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabbi....
Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,maafkanlah kejahilan hamba Mu,
Ku sering melanggar larangan Mu,
Dalam sedar ataupun tidak,
Ku sering meninggalkan suruhan Mu, walau sedar aku milik Mu,
Tuhanku,ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,maafkanlah kejahilan hambaMU,
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Bagiku ingat betapa ku alpa,begitulah silih berganti,
Oh Tuhanku,Kau pimpinlah diri ini yg mendamba cintaMu,
Aku lemah, aku jahil,tanpa pimpinan dariMU
Ku sering berjanji depanMu,sering jua memungkiri,
Ku pernah menangis keranaMu,kemudian ketawa semula,
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Bagiku ingat betapaku alpa,begitulah silih berganti,
Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini yang mendamba CintaMu,
Aku lemah,Aku jahil,tanpa pimpinan dariMu,
Kau pengasih,Kau penyanyang,Kau pengampun kepada hamba2Mu,
selangkahku kepada Mu,seribu langkah Kau padaku,
Tuhan,diri ini tidak layak ke syurga Mu,
Tapi tidak pula sanggup ke neraka Mu,
ku takut kepada Mu,ku harap jua pada Mu,
Moga ku kan selamat dunia, akhirat seperti Rasul dan Sahabat

ASTAGHFIRULLAH......


-Saifullah -

Wasiat Palsu Syeh Achmad Yang Beredar Di Internet


BERITA PENTING
Berita Untuk Umat Islam Di Seluruh Dunia, surat ini datangnya dari Syekh Achmad di Saudi Arabia

---
AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMAD SAW
Wasiat untuk umat Islam dari Syekh Ahmat seorang penjaga makam Rasululloh di Madinah, iaitu Masjid Nabawi Saudi Arabia.
Pada malam takala hamba membaca Al'qur'an di makam Rasululloh, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Di dalam mimpi hamba bertemu dengan Rasululloh SAW, dan beliau berkata, di dalam 50.000 orang yang meninggal dunia diantara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman.
Dikeranakan:
1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.
2. Orang kaya dan mampu tidak lagi melambangkan/menimbangkan rasa belas kasihan pada orang miskin.
3. Sudah ramai orang yang tidak mengeluarkan zakat dan berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakannya.


Oleh sebab itu wahai Syekh Achmad, hendaklah engkau sabdakan pada semua umat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah.
Demikianlah pesanan Rasululloh kepada hamba. Maka berdasarkan pesanan Rasululloh tersebut dan oleh kerananya hamba berpesan kepada semua umat Islam didunia:
1. Bersollawahlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW. 2. Janganlah bermalas-malas untuk mengerjakan sholat 5 (lima) waktu. 3. Bersodaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu. 4. Berpuasalah di bulan Ramadhan, serta kalau mampu tunaikan segera ibadah Haji.
02. Inilah Wasiat Palsu Syeh Achmad Yang Beredar Di Internet
BERITA DARI MASJID NABAWI
BERITA PENTING BERITA UNTUK UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA.
"AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, IAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA.
"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Di dalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "di dalam 60.000 orang yang meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikeranakan:
1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3. Sudah ramai yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.
Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT."


Demikian pesanan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesanan Rasulullah tersebut dan oleh kerananya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia :
1. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW. 2. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5(lima)waktu. 3. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu. 4. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.
PERHATIAN:
Bagi sesiapa yang membaca surat ini hendaklah menyalin /mengcopynya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.


Dan Barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20(dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman/rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia mendapat keuntungan yang sangat luar biasa besarnya.


Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan membuang surat ini, dia mendapat musibah yang besar iaitu kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat dicintai dan disayanginya. Perlu diingat kalau kita sengaja tidak memberitahukan surat ini kepada orang lain, maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan anda alami, dan jangan menyesal apabila mendapat bencana secara tiba-tiba atau kerugian yang sangat besar.
Sebaliknya jika Anda segera menyalin/mengcopynya dan menyebarkannya kepada orang lain, maka anda akan mendapatkan keuntungan besar atau rezeki yang tiada disangka-sangka.
Surat ini ditulis S.T. STAVIA sejak itu surat ini menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada akhirnya sampai kepada Anda.


Percayalah beberapa hari lagi sesuatu akan datang kepada Anda dan keluarga Anda.
KEJADIAN-KEJADIAN YANG TELAH TERBUKTI !
1. Tn. Mustafa mantan menteri Nasabah Malaysia,dipecat dari jabatannya kerana beliau lupa setelah menerima surat ini, tidak menyebarkannya,
2. kemudian beliau ingat surat ini, lalu beliau menyalinnya dan menyebarkannya sebanyak 20 lembar. Beberapa lama kemudian beliau dilantik kembali menjadi menteri Kabinet.
3. Tn. Gojali mantan menteri Malaysia telah menerima surat ini, kemudian beliau menyalinnya sebanyak 20 lembar dan menyebarkannya,dan beberapa hari kemudian beliau mendapat keuntungan yang luar biasa besarnya.
Dengan adanya kejadian-kejadian tersebut diatas sebagai bukti, untuk itu saya sarankan agar Anda tidak merahasiakannya, dan anda segeralah menyebarkannya untuk teman-teman atau rekan-rekan Anda. Tunggu khabar baik dalam waktu dua minggu setelah Anda menyebarkan surat ini. Allah SWT akan meridho'i niat baik Anda,selamat bertugas dan berkarya.


Salam,
PENJAGA MAKAM RASULULLAH SAW SYEKH AHMAD-MADINAH
1.1 Tanggapan Qardhawi


Memang ramai orang yang menanyakan wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.


Untuk mengecek kebenaran berita yang disampaikan dalam selebaran tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitinya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah menyebar di negara-negara umat Islam.


Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang didasarkan pada impian Syekh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.


Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti impian Syekh Ahmad atau Syekh Umar, kerana Al-Qur'an telah mengatakan dengan jelas:
“... boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Al Ahzab: 63)
Begitu pula Nabi saw. telah bersabda: "Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadis Anas dan Sahl bin Sa'ad)


Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahawa kaum wanita sekarang sudah ramai yang keluar rumah, dan ramai yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:
“... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ...” (Al-Maa'idah: 3)


Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.


Isi wasiat tersebut justeru merupakan indikasi yang memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.
Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.


Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu rupiah. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.
Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan upaya untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal fikiran umat Islam.


Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran yang batil itu.


Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadis-hadis sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi; penj.) bahawa Rasulullah bersabda:
"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)
Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.


1.2 Tanggapan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim."


Oleh itu,jgnla kita terpengaruh dengan dakyah2 yang sesat lagi menyesatkan. Umat Islam pada masa kini sangat mudah tertipu dengan hal2 yang berkaitan dengan benda2 yang sebegini. Hal yang sebenar mestilah dirujuk dan jgn menerima terus sahaja apa2 yang kita terima. Hal yang sebegini,perbuatan sebegini adalah khurafat di sisi Allah s.w.t. Hanya Allah ag boleh menjatuhkan apa2 sahaja hukuman @ bala kepada manusia. Kepada mereka yang mempercayai benda2 sebegini, insaf dan kembalilah semula kepada ajaran Islam yang sebenar dan menolak semua da'yah Yahudi dan Kristian...Wassalam


-malaccaisland-

Saturday, May 3, 2008


Salam ukhwah..


Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan.al-a’raf 40


Di dalam masyarakat kita sekarang pelbagai cara untuk menyelewengkan agama telah dibuat perlahan2 oleh golongn yang mengaku diri mereka Islam. Di Indonesia, Islam liberal telah memporak perandakan Islam sendiri, bapak ke masjid, emak ke gereja, anak ke kuil!!!! Inikah yang hendak kita lihat di Malaysia??? Islam hadhari bukan darpada ajaran Islam!! "Al-Islaamu ya'lu wala yu'la 'alaih" Islam adalah yang tertingi sekali,jgn memandai2 menambah @ mengurangkan apa2 pun.



"Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu".-ibrahim, 14


Diharapkan agar semua menghayati ajaran Islam yang sebetulnya,Islah hadhari=islam tamadun. Ini adalah sesat dan bukan ajaran Nabi Muhammad...pendekatan Hadharatul Islamiyah yang sepatutnya dibuat, ya'ni tamadun yang berasaskan Islam,bukan Islam yang mengikut tamadun!! Islam yang itu sahaja, tidak perlu menambah2 lagi, dah cukup dah apa yang nabi kita ajar selama baginda hidup...


Ayat terakhir yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya,marilah semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan bersama2 perjuangn para alim ulama' yang mahau menegakkan Islam...Allahu Akbar!!!


-malaccaisland-

Ulama' masa kini???


Salam....
Malaysia negara sekular dengan terang2 menghina pimpinan ulama'. Ulama' wajib dipatuhi selagi mana tidak melanggar apa2 hukum yang telah Allah tentukan..

Ini kerana dalam sebuah hadis baginda ada menegaskan bahawa :
Akan datang satu masa kepada orang ramai, di mana mereka menjauhkan diri daripada para ulama dan golongan fuqaha (ilmuan dalam ilmu fiqh), maka Allah SWT akan menimpakan ke atas mereka dengan tiga bala : 1- Allah akan mengangkat dari diri mereka keberkatan dalam segenap usaha yang dilakukan.
2- Allah akan menghukum mereka dengan wujudnya pemerintah yang zalim.
3- Mereka akan meninggalkan dunia ini tanpa membawa walau secebis iman dalam diri mereka.
Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa para ulama mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT, malah dalam satu hadis yang lain, baginda menegaskan : Para ulama itu adalah pewaris nabi-nabi. Al-Quran juga ada menegaskan, bahawa ulama adalah golongan yang paling takut di sisi Allah, mereka takut kerana bersebab : 1- Takut jika tidak menjalankan tanggungjawab menyedarkan masyarakat ke jalan kebenaran.
2- Takut jika Islam tidak tersebar secara meluas di kalangan umat manusia sejagat.
3- Takut jika masyarakat mencari selain Islam sebagai pegangan dan kepercayaan mereka.
4- Takut untuk dihumban dalam api neraka, justeru mereka sentiasa berwaspada.
5- Takut apabila tidak menyampaikan yang hak dan menyokong yang bathil.
6- Takut apabila tidak menyuruh yang baik (makruf) dan tidak mencegah yang mungkar.
7- Takut apabila ada di kalangan orang Islam yang mati dalam agama selain Islam.

Oleh demikian,bersama2lah kita memperjuangkan perjuangan ulama'....
Kita wajib menentang semua golongan yang memerangi ulama' samada nyata @ tidak...Allahu Akbar!!!

-malaccaisland-

Hiburan


Sekarang Hujan makin popular tetapi pembawakan mereka adalah hiburan dan bukannya agama. Maka popular mereka akan hilang satu hari nanti tetapi sesiapa yang membawa agama maka sampai akhirat mereka akan ditinggikan darjat oleh Allah S.W.T. Hiburan dibenarkan dalam Islam tetapi ada batas-batasnya jadi tinggalkanlah hiburan yang melalaikan kita. Kembali kepada hiburan yang boleh mendatangkan manfaat dan boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Banyak lagi hiburan yang boleh dalam Islam seperti Zain Bhikha dan Yusof Islam dan alunan suara mereka amat lunak dan jauh lebih sedap berbanding hujan dan seangkatannya.

Friday, May 2, 2008

sedikit mengenai ilmu tajwid


Ramai orang Islam di Malaysia membaca quran jarang-jarang sekali. Kita hanya membaca apabila ada orang mati. Jadi ilmu tajwid bukan lagi suatu subjek penting bagi kita. Akibat tidak mempelajari ilmu tajwid : 1. Fatihah dalam solah tunggang langgang

2. Bacaan menjadi sia-sia kerana penuh dengan kesalahan

yang boleh menyebabkan pahala dikurangkan serta dosa

3. Solah akan jadi tidak sempurna


Mailah bersama mempelajari ilmu tajwid kerana ia adalah asas kepada pembacaan Al-Quran dan pahala menanti anda jika mempelajarinya.


Hasil nukilan Attuunii

Thursday, May 1, 2008

Wajib Menyertai Perjuangan Islam



Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang
Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai
Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu
perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan
tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita
simpulkan dari firman Allah:
“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu
belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar
masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir
dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu,
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran
Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu
menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang
mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41


38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana
kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup)
di akhirat kelak.
[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela
agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat
menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.
[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah
sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram
dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan
(dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar
perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam
keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di
jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.



Ini jelas menunjukkan perjuangn Islam dan sesiapa yang menentang ajaran Allah,nerakala jawabnya....

sesiapa yang bernama Islam,perangai macam kafir laknatullah,sama sahaja...

Islam xpernah memaksa..."La iqraaha fiddin"...


sedarla wahai semua rakyat...kita sama2 saling memperingati...."wata'awanu 'alal birri wattaqwa"


-malaccaisland-


Wanita dan Dunia


Wanita adalah pelengkap bagi org lelaki. Tetapi kalau tidak berakhlak maka tidak berapa lengkap hidup seseorang lelaki itu. Di Malaysia pada hari ini wanita makin teruk. Dengan kemunculan kumpulan seperti sister in Islam dengan sesuka hati menyatakan hukum walaupun mereka tidak berilmu. Di kalangan wanita yang tidak seperti sister in Islam pula penuh dengan masalah sosial dari aurat, akhlak hingga ke arak dan zina. Lelaki juga ada melakukan perkara yang sama. Dari apa yang dapat dilihat wanita jika tidak melakukan perkara ini maka akan kuranglah orang lelaki yang melakukannya jadi teguran kepada kaum wanita adalah amat penting. Ibu bapa diminta kembalilah kepada cara ajaran Islam supaya anak perempuan kita dapat dikawal. Dunia pula hanya persinggahan bagi kita. Dunia ibarat wanita tua yang dihiasi dengan perhiasan cantik sehingga manusia terpikat dengannya tetapi dunia akan menghancurkan kita. Ambillah dunia sekadar cukup untuk membawa bekalan ke akhirat dan jadikan dunia ini ladang akhirat dimana kita akan menyemai benih untuk mendapatkan hasil. Ubahlah wanita demi keselamatan dunia dan akhirat dan selalulah mengingati mati kerana orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak.
Hasil nukilan Attuunii

Malaysiaku tersayang

Salam...

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari). Har ini,kita lihat bagaimana wanita2 xmengira pangkat,jawatan melawan apa yang Allah telah haramkan..Isteri2 pemimpin,artis2 wanita,mengalahkan perempuan di zaman Jahiliyyah..Renung2kanlah -malaccaisland-

Halal dan Haram?

PERSOALAN halal-haram adalah seperti halnya soal-soal lain, di mana orang-orang jahiliah pernah tersesat dan mengalami kekacauan yang luarbiasa, sehingga mereka berani menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.
Keadaan yang sama pernah juga dialami oleh golongan penyembah berhala (watsaniyin) dan ahli-ahli kitab.
Kesesatan ini akhirnya dapat menimbulkan suatu penyimpangan yang ekstrimis kanan, atau suatu penyimpangan yang ekstrimis kiri.
Di pihak kanan, misalnya: Kaum Brahmana Hindu, Para Rahib Kristian dan beberapa golongan lain yang berprinsip menyiksa diri dan menjauhi hal-hal yang baik dalam masalah makanan ataupun pakaian yang telah diserahkan Allah kepada hambaNya.
Kedurhakaan para rahib ini sudah pernah mencapai puncaknya pada abad pertengahan. Beribu-ribu rahib mengharamkan barang yang halal sehingga sampai kepada sikap yang keterlaluan. Sampai-sampai di antara mereka ada yang menganggap dosa kerana mencuci dua kaki, dan masuk kamar mandi dianggap dapat membawa kepada penyesalan dan kerugian.
Dari golongan ekstrimis kiri, dapat dijumpai misalnya aliran Masdak yang timbul di Parsi. Golongan ini menyuarakan kebolehan yang sangat meluas. Kendali manusia dilepaskan, supaya dapat mencapai apa saja yang dikehendaki. Segala-galanya bagi mereka adalah halal, sampaipun kepada masalah identitas dan kehormatan diri yang telah dianggapnya suci oleh fitrah manusia.
Bangsa Arab di zaman Jahiliah membolehkan minuman-minuman keras, makan riba yang berlipat-ganda, menganiaya wanita dan sebagainya. Lebih dari itu, mereka juga telah dipengaruhi oleh godaan syaitan yang terdiri dari jin dan manusia sehingga mereka tega membunuh anak mereka dan mengunyah-ngunyah jantungnya. Godaan itu mereka turutinya juga. Perasaan kebapaan yang bersarang dalam hatinya, sama sekali ditentang.
"Dan begitu juga kebanyakan dari orang-orang musyrik itu telah dihiasi oleh sekutu-sekutu mereka untuk membunuh anak-anak mereka guna menjerumuskan mereka dan meragu kan mereka agama mereka. " (al-An'am : 137)
Al-Quran telah menegaskan kesesatan mereka yang berani menghalalkan sesuatu yang seharusnya haram, dan mengharamkan sesuatu yang seharusnya halal; al-Quran mengatakan:
"Sungguh rugilah orang-orang yang telah membunuh anak-anak mereka lantaran kebodohannya dengan tidak mengerti itu, dan mereka yang telah mengharamkan rezeki yang Allah sudah berikan kepada mereka (lantaran hendak) berdusta atas (nama) Allah; mereka itu pada hakikatnya telah sesat, dan mereka itu tidak hendak mengikuti pimpinan." (al-An'am: 140)
Kedatangan Islam langsung dihadapkan dengan kesesatan dan ketidak-beresan tentang persoalan halal dan haram ini. Oleh kerana itu pertama kali undang-undang yang dibuat guna memperbaiki segi yang sangat membahayakan ini ialah dengan membuat sejumlah Pokok-pokok Perundang-undangan sebagai standard untuk dijadikan landasan guna menentukan halal dan haram. Seluruh persoalan yang timbul, dapat dikembalikan kepadanya, seluruh neraca kejujuran dapat ditegakkan; keadilan dan keseimbangan yang menyangkut soal halal dan haram dapat dikembalikan.
-malaccaisland-

Islam dan Malaysia

Assalamualaikum...pertama2 sukur kehadrat Allah,blog ni dapat direlease akhirnya...Melihat Islam pada masa kini,kita kembali pada zaman Rasulullah s.a.w,kita dapat melihat bagaimana Islam hidup subur. Umat Islam zaman sekarang semakin lama semakin terhakis sifat2 seperti mana yang telah dianjrkan Allah s.w.t. Allah telah berfirman bahawa kita semua, umat nabi Muhammad adalah sebaik2 umat di muka bumi ini. Kita lihat pada asa ini,apa2 yang haram telah dihalalkan dan begitulah sebaliknya. Manusia mulai lupa apa fungs,motof kita dilahirkan,diwujudkan disini..Dasar asas daripada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan: "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi). Jelas hadis ini menunjukkan apa yang Allah dah wat,jgn kita memandai nak ubah. Malaysia yang kita sayangi mulai dari sehari ke sehari terkeluar dp apa yang telah diajar oleh Rasulullah... Nabi Muhammad adalah manusia yang telah Allah ajarkan sendiri kepada Baginda apa2 sahaja. Wajib mengikuti arahan baginda. Islam hanya ada 2,buat apa yang disuruh,tingal apa yang dilarang. Rakyat Malaysia sedang lena dibuai pelbagai hiburan...1 in a million,mentor,malaysia idol,akademi fantasia....Rakyat tertipu dengan hiburan dunia yang melalaikan..Agama Allah wajib ditegakan di muka bumi ni..Firman Allah Taala "Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.Pelbagai hiburan melampau semakin menjadi2,membuak2 dikalangn muda mudi..arak,zina,rogol,pil khayal semacam lali sekarang ni...Sesiapa2 yang melanggar hukum Allah nantila akibatnya.Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan". "Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu"

hasil nukilan MalaccaIsland

Wednesday, April 30, 2008

Bila kite kembali ke hakikat sebenar

Assalamualaikum wbt,

dan sesungguhnya setiap yg hidup akan mati,itulah lumrah makhluk,makhluk yang dicipta oleh Tuhan,oleh itu makhluk dan Tuhan adalah berbeza,Tuhan tidak bole mati,tidak dihidupkan,DIa tidak tidur,Dia tidak diperanakkan,yg Tidak beranak,Dia adalah yg SATU,tiada Tuhan melainkan Dia,Laila HaillAllah,Dia tidak mkn,Dia tau perkara yg depan,Dia tau perkara yg lepas,DIa yg Maha Besar,Dia lah YG Maha Tinggi,manusia adalah makhluk,dan kite sudah pasti petanda paling nyata Tuhan bagi kt kite supaya suh ingat ialah kematian. kematian itu tidak dpt dijangka,anda tahu bila anda mati?tah2 lepas baca ni da meninggal da heheeh,apabila manusia kembali ke hakikat sebenar ialah apabila kite kembali ke tanah kembali,dan itula kte wahai manusia,takyah nk belagak masa hidup ni,ikutla syariat Islam,dalam surah Al Maidah ayat 3,Tuhan telah membenarkan Islam menjadi agama manusia,oleh itu rakyat Islam Malaysia sume jgn lupa kte ada dua alam dlm hidup kte yg kte akan hadapi,di dunia yg sementara dan akhirat yg selamanya,pilih la kehidupan yg terbaik skali,kalo Allah swt bagi kte byk duit,sedekahkan la kt org yg memerlukan,duit tu bukan kte punye pun,jgn nk belagak,bila kte sume kembali ke tanah,manusia yg hidup pijak balik kte,takyah nk blagak,last2 betapa tinggi pun kte kt dunia ni,last2 kene pijak gak.oleh itu saudara2 ISlam sume,kite hidup ngan syariat Islam yg terbaik,tapi jgn lupa hakikat kte ni dari tanah,hakikat kte akan kembali pada Tuhan,sekejap je dunia ni......sekian yg terbaik dari Allah swt dan yg buruk adalah dari diri yg kerdil ni.....


Abdul Allah

Gangster, arak, clubbing, gelang, rantai, maksiat


6 perkara disebutkan dalam tajuk ini sebenarnya punca utama kerosakan akhlak umat Islam di Malaysia. Gangsterism (golongan yang menggelarkan diri mereka 77 khususnya) yang dibawa oleh orang-orang yang memberikan alasan membelasah orang atas dasar menegakkan agama dan bangsa adalah perkara paling jahil dilakukan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Islam menolak keganasan dan perkauman. Apabila perkauman dan keganasan dijadikan agenda utama maka kestabilan tidak akan dicapai. Arak telah terang-terang diharamkan dalam Islam kerana boleh memabukkan. Apabila mabuk kita boleh jadi pembunuh dan perogol serta macam-macam lagi jenayah lain yang boleh dilakukan. Clubbing pula adalah masalah yang paling popular sekarang ini. Kegemaran rakyat Malaysia. Sedih sekali apabila melihat orang yang bukan Islam sedikit sahaja di situ tetapi orang Islam cukup ramai. Aktiviti ini boleh menaikkan nafsu dan memperbanyakkan zina. Gelang dan rantai pula trend zaman ini. Dengan adanya gelang dan rantai yang dipakai lelaki maka syaitan gembira dan lebih mudah merosakkan umat Islam. Maksiat pula makin berleluasa walaupun orang yang melakukannya menutup aurat seperti di taman-taman berpegangan tangan walaupun bukan muhrim. Kesimpulannya, ikut perintah Allah dan tinggal larangannya maka selamat dunia akhirat.


Hasil nukilan attuunii

Kehendak hakikat manusia


Assalamualaikum wbt,
Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Pengasih,



apakah kehendak manusia pada dasarnya?bagi sy ialah,keamanan iaitu keamanan yg sejati,keselamatan yg sejati iaitu tiada jenayah,supaya kite dpt keluar jalan2 ngan kawan2 ngan family secara selamat,pelaburan yg selamat tanpa takut ada gangguan,dan kehidupan masyarakat yg harmoni tanpa mengira kaum,sebelum kte membincangkan isu2 yg tengah2 lebih baik kte bincang dari akarnya,dan di sini sy ingin memberitahu Islam adalah agama yg paling mengutamakan keamanan dari keganasan jika kite melihat dan mengkaji btul2 keseluruhan ajaran Islam ni,apakah maksud kebebasan beragama di sesebuah negara?kebebasan beragama bukan bermaksud kebebesan menukar agama,nmpk?kan beza tu,kebebasan beragama kite bole lihat dalam Al Quran surah Al Kafirun,Allah swt telah menyatakan bahawa agama kau,agama kau,agama aku,agama aku,Tuhan yg kau sembah,Tuhan kau sembah,Tuhan yg aku sembah,Tuhan yg aku sembah,di sini sahaja kite dpt melihat secara terang2 bahawa Tuhan da cakap jgn kacau agama lain dan hormat agama lain,jika ini betul2 berlaku, sy pasti tiada pergaduhan akan berlaku,sy ingin btulkan cara pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia mengenai hukum2 Islam yg akan dilaksanakan,hukum2 Islam adalah utk org2 Islam bukan utk org2 bukan Islam,kepada org bukan Islam kami hormat anda,dalam Islam tiada konsep tanah ini tanah melayu,tapi tanah ini hak Tuhan dan utk sume,cume hukum2 Islam contoh hukum hudud hny dijalankan utk org Islam sahaja,jgn salah anggap ia utk sume,kami ingin menjaga kelakuan2 org Islam di Malaysia ini,kerana apa,anda sendiri bole lihat,masalah sosial adalah di kalangan melayu,masalah rempit di kalangan melayu,masalah sosial adalah di kalangan melayu,jika hukum2 ini dpt dilaksanakan,maka org Islam kelakuannya akan terkawal,dan sume nye akan jadi baik2 :) kepada bukan muslim anda tidak perlu takut, anda jlnkan hukum2 agama anda tapi lakukan hny utk penganut anda,dan kte sama2 menjaga keharmonian negara ini utk menjadi lebih aman damai,tanpa perasaan takut lagi dah,sbb tu Islam itu agama yg peace,kami hormat org bukan Islam kerana Tuhan kami suruh kami hormat,lagi baik jika kite sama2 menjaga sama2 sendiri,jika anda bukan seorang muslim tapi ternmpk seorang muslim buat kejahatan mengikut agama Islam maka tegur dia,ckp jgn buat camni, agama kau tak kasi,maka di sini kite saling ingat mengingati satu sama lain,hukum agama kami hny utk org muslim itu saja,apabila sume nye aman dan damai,selamat,maka pelabur asing akan rasa selamat utk melabur,sy tidak nmpk kenapa ada org mengatakan jika dilaksana hukum2 Islam ni negara mundur,miskin,itu tak btul,cube kte lihat kembali jika negara da selamat,takde rempit2 bodoh,org2 Islam g disco yg otak tk btul,jadi ganas,maka tiada sbb pelabur takut nk melabur malah makin ramai yg akan melabur dan negara ini akan jadi lebih kaya dan makmur,dan sume org akan dapat merasa tempias2nya,sama2la kte share,nmpk?keselamatan dan keamanan yg sejati akan dtg serentak,jadi tiada perlu hendak ditakutkan,kerana kami,muslim mahukan pekara yg sama keamanan dan keselamatan,dan tiada org miskin di negara ni pun,sume ok. bagi sy itula maksud kebebesan beragama,bebas utk org bukan muslim dan bebas utk org muslim,org bukan muslim jaga kelakuan org bukan Islam dgn hukum2 mereka,muslim jlnkan hukum2 Islam utk org Islam.maka akan terbentukla sebuah negara di mana tanah ini bukan tanah melayu,tetapi tanah utk sume,sama2 memakmurkan tanpa pergaduhan,tanpa kerosakan akhlak,ini la yg manusia idam2kan dalam kehidupan dalam bermasyarakat,harmoni,peace,sume dpt kekayaan,tiada kemiskinan,maka itu la kemanan sejati,marila sama2 kite fhm dan sokong sepenuhnya konsep ini ,utk mendapatkan keamanan dan keselematan,harmoni yg kte cari2 selama ini sekian dari Hamba Allah swt yg lemah dan menurut perintah.....,segala yg baik dari Tuhan dan yg buruk dari diri ini....assalamualaikum

Abdul Allah

manusia dan dunia


assalamualaikum wbt,tbe2 rasa nk wat blog ni sbb tk tertahan rasanya tgk gelagat manusia ni terutama skali org melayu di Malaysia.Alhamdulillah Allah swt memberi sy peluang utk menulis blog ni,minta maaf kalo bahasa tunggang langgang sket,sbb first time :) sini sy hnyla hamba Allah swt,dan anda sume dan sume makhluk adalah hamba Allah swt juga,yg Maha Perkasa Allah swt yg Maha Lembut, yg Maha Baik,yg Maha Pengampun,Tuhan kepada sekalian adalah Allah swt. sy berasa pelik kenapa manusia masih tk bersyukur?tk bersyukur yg mereka ada di sini pun atas kehendak Tuhan,menunjukkan betapa baiknya Allah swt,hidup dgn mewah,hidup cukup mkn,udara free, air free,binatang2 free utk kte Tuhan bagi,kenapa ada yg masih tk bersyukur? dan Allah swt Maha Baik,Dia turunkan kitab dan rasul sbagai peringatan dan pembelajaran kepada manusia supaya INGAT,Ingat kepada Dia,betapa baiknya Allah swt,tetapi manusia lupa,manusia angkuh,Allah swt sediakan dua tempat utk kte di akhirat nanti iaitu syurga dan neraka,dan Dia turunkan peringatan lagi pada kita,kenapa kite pilih utk tidak ikut?kenapa kite pilih neraka?wahai manusia sbb tu la kte ni bodoh,kte ni pelupa,situasi di Malaysia skang menunjukkan telampau ramai manusia lupa,dan ini lah peringatan kepada sesiapa yg membaca,ingatla kte ni HAMBA,jgn lupa kite HAMBA,mcm mana hebat pun kte di dunia,last2 kain putih je kte dpt bwk masuk kubur,dan siapa yg akan bantu kte dlm kubur?manusia sume ingatla Tuhan tu MAHA BAIK,kte nk wat jahat pun Dia bagi kte buat baik dan sembah pada Dia lagi la Dia suke,kenapa kte bantah Dia?kenapa kte ingkar Dia?dan siapa yg bodoh?kte la, sbb apa,Tuhan turunkan kitab dan rasul sbagai peringatan tapi kte still nk terjun diri dlm neraka kte still nk jauhkan diri dari syurga,kenapa?wahai manusia jadila manusia yg berakal,bukan yg tk menggunakan akal,jgn la jadi yg rugi,sesungguhnya dunia ni perhiasan sahaja,sesungguhnya dunia ni sementara sahaja, tapi kte pilih dunia,padahal akhirat selamanya,dan siapa yg bodoh?manusia jgnla camni,laksanakan dan ikut sume hukum2 Islam,itula kebahagian dunia automatik skali ngan akhirat,itula yg kte nkkan dalam hidup yg diberikan oleh Allah swt yg Maha Baik,ingatla manusia sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui dari kte,Dia tau yg terbaik utk kte,ikut je yg disuruh, insya Allah sumenye selamat....stakat ni dulu sy nk tulis,ada masa Tuhan berikan, sy akan tulis lagi,bahawa Malaysia skang sudah lari jauh dari jalan yg btul,jln yg lurus,ingatla manusia bahawa kte ada Tuhan,dan Tuhan memerhatikan kte,kerana Tuhan tu Maha Baik,kerana Dia ingin menjaga kte,sesungguhnya sesiapa yg membaca ini,sudah pun mendapat petunjuk,dan akan berfikir lagi selepas ni Alhamdulillah,yg hny layak Takbur hny ALLAH swt.....sekian yg salah dari sy hamba sahaja yg terbaik sumenye dari Tuhan yg Maha Besar.....Assalamualaikum..

abdul Allah

pengenalan


Blog ini dicipta adalah untuk membawa kaum muslimiin dan muslimaat di Malaysia kembali kepada jalan yang telah diajarkan dalam AlQuran dan AlHadith. Kemumgkaran yang berlaku dikalangan orang-orang beragama Islam di Malaysia adalah di tahap yang kritikal dan perlu diperbetulkan. Ini boleh dilihat apabila kelab-kelab malam sering dipenuhi oleh orang-orang Islam sedangkan masjid yang besar tidak akan sampai separuh kecuali pada 5 keadaan iaitu solah jum'at, solah sunat hari raya puasa, solah sunat hari raya haji, terawikh dan moreh. Selain itu, konsert-konsert yang mendatangkan maksiat adalah cara bisnes terbaru kerana muslimiin dan muslimaat di Malaysia kebanyakannya gemarkan hiburan dan maksiat yang tanpa disedari hanya akan menjatuhkan akhlak seseorang itu sekaligus menjauhkan diri dari kemajuan dan kepintaran kerana akhirat dan ilmu tidak lagi menjadi misi utama. Blog ini bukan untuk mengutuk atau menyenarkan aib orang-orang Islam di Malaysia tetapi hanya untuk menegur dan mengajak supaya kita sama-sama berjuang untuk mengembalikan aqidah dan akhlak umat Islam. Nabi S.A.W pernah berkata, disesuatu tempat itu ada 18000 ahli ibadah dan akhlak mereka seperti rasul tetapi layak juga jatuh bencana. Para Sahabat R.A pelik dan bertanya bagaimana itu boleh berlaku. Nabi S.A.W menjawab , ada 3 sebab. Pertama mereka tidak pernah mengajak orang ramai melakukan kebaikan, kedua mereka tidak pernah mencegah kemungkaran dan ketiga mereka tidak pernah marah kerana Allah S.W.T. Oleh itu, kaum muslimiin dan muslimaat, marilah kita bersama-sama melakukan 'Amal Ma'ruf Nahi Munkar dan marahlah seseorang itu hanya kerana Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Harapan kami blog ini akan mendapat sokongan dari semua muslimiin dan muslimaat supaya kita sama-sama dapat menuju ke syurga, inshaAllah. Hasil nukilan Attuunii